Outfit Baju Kenduri Kahwin

Sudah masuk waktu untuk kita pergi ke kenduri kahwin setiap minggu bukan? Untuk yang masih belum berpunya, setiap hujung minggu anda pasti harus menghadiri majlis perkahwinan kawan atau sedara mara. Menghadiri dan meraikan mempelai raja sehari amatlah seronok, boleh jadi anda mungkin terjumpa jodoh di kenduri kahwin! Jadi, ini dia outfit idea untuk menghadiri kenduri kahwin!

Baju Kurung Kedah

Bagi anda yang sukakan baju kurung yang simple tetapi sedap mata memandang, baju kurung kedah sememangnya pilihan yang terbaik untuk ke majlis kahwin.

Baju Kurung Moden

Baju kurung moden juga merupakan pilihan yang popular apabila menghadiri majlis perkhawinan. Bukan sahaja kerana designnya yang selalu stylish tetapi potong baju kurung moden juga boleh membuatkan anda nampak kurus! Di Zalora baju kurung kami juga ada baju kurung plus size yang cantik dan trendy! Baju kurung moden juga seringkali dipilih sebagai baju nikah sejak kebelakangan ini.

Baju Kebaya

Baju Kebaya pasti membuat anda tampak bersinar ketika di majlis kahwin. Pesona baju kebaya memang tiada tolok tandingannya. Anda boleh memilik dari baju kebaya klasik atau baju kebaya moden mengikut citarasa anda!

Abaya

Abaya juga sudah menjadi pilihan yang popular sejak kebelakangan ini, ramai wanita menggayakan abaya atau kaftan bukan sahaja ketika di Hari raya, menghadiri kenduri kahwin juga dalam kehidupan seharian!

Jadi ini dia sedikit outfit idea untuk pergi ke kenduri kahwin. Cari lebih banyak inspirasi di Zalora Baju Kurung!