Memilih pakaian formal ke pejabat sememangnya sukar dan memeningkan jika anda seorang yang mementingkan penampilan. Tetapi jika anda seseorang yang tidak kisah tentang penampilan, anda mungkin tidak mengalami masalah tersebut namun adakah anda tahu bahawa pakaian mampu menaikkan mood ketika bekerja? Sama seperti ketika kita hendak pergi bersiar-siar pasti kita mahu tampil cantik, kemas dan berseri. Mengapa tidak anda berikan sedikit perhatian dalam pemilihan baju formal anda agar tidak kelihatan bosan. Dunia fesyen sudah berubah, kini warna hitam dan putih bukanlah hanya pilihan yang ada dalam pemakaian formal. Tidak percaya? Mari kita lihat bagaimana anda boleh menukar gaya muram ke pejabat atau majlis rasmi yang lain dengan tips pemakaian formal di bawah.
“Mix & Match”
Tidak kira pakaian formal atau smart casual gabungan warna akan memberi impak yang besar kepada si pemakai. Stigma dan perspektif kita terhadap pakaian formal selalunya merujuk kepada warna monokrom, seperti hitam, putih dan juga kelabu. Tambahkan rona warna seperti biru, kuning cerah atau juga coklat. Namun jika anda memang peminat tegar hitam, jangan risau anda masih boleh mengenakan warna tersebut dengan mix & match dengan warna yang lain seperti kemeja biru dan juga hijau. Warna -warna seperti ini akan memberi kesan yang lebih menarik dan pada masa yang sama masih membawa keformalan. Tetapi elakkan dari menggabungkan tona warna yang terlampau banyak.
Cadangan Produk:
Tambahkan Kemeja Garis Belang
Striped shirt adalah alternatif kepada kemeja putih yang kosong. Keluar dari zon selesa anda dan cuba kenakan kemeja yang bermotif seperti striped shirt. Kemeja motif ini juga sesuai dikenakan oleh kaum wanita juga. Bagi wanita anda boleh mengenakan oversized striped shirt untuk menampilkan sisi moden dan gabungkan dengan seluar slack perempuan.
Cadangan Produk:
Layering
Anda mungkin pernah mendengar tentang kata layering tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghidupkan gaya tersebut. Layering merujuk kepada menggabungkan dua atau lebih pakaian yang membentuk lapisan. Sesuai dengan cuaca di Malaysia ketika ini yang sejuk, tips ini patut anda cuba untuk meninggalkan gaya formal yang muram dan bosan itu. Blazer merupakan salah satu teknik layering yang sering kali kita lihat, anda boleh beralih kepada blazer yang mempunyai motif atau sedikit oversized. Anda juga boleh menggunakan vest atau kardigan diluar kemeja anda yang akan memberikan efek moden dan bergaya!
Cadangan Produk:
Jangan lupakan aksesori
Aksesori merupakan perkara yang wajib jika anda ingin menggubah gaya anda. Bagi lelaki cukup mengenakan jam tangan sama ada jam tangan kulit atau besi mengikut citarasa anda. Kaum wanita juga boleh mengenakan gelang, anting-anting dan jangan lupakan juga rantai leher. Jika anda ingin mencuba smart casual cukup menukar kasut kulit kepada sneakers dan penampilan anda akan lebih nampak santai dan bersahaja.
Cadangan Produk:
Terdapat pelbagai cara untuk anda upgrade pakaian formal anda ke tempat kerja agar kelihatan lebih menarik dan ceria. Namun, keselesaan dalam pemakaian harus diutamakan tidak kira anda ingin mencuba gaya apa pun sekali. Elemen utama dalam pakaian formal adalah kekemasan sekaligus dapat memberi persepsi yang positif. Lihat lebih banyak koleksi Adidas Watch di Zalora
Bagaimana anda menukar gaya formal anda kepada lebih santai dan tidak boring?