Cuaca panas di Malaysia akhir – akhir ini semakin terik dari musim sebelumnya sehingga telah mendapat amaran dari pelbagai pihak yang bertanggungjawab untuk peka mengenai cuaca semasa. Selain dari memastikan badan kita menerima air yang secukupnya sepanjang musim panas ini, pemilihan baju juga amat penting bagi mengelakkan strok haba. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja untuk sentiasa tampil bergaya tetapi tidak tahan dengan kepanasan di Malaysia ketika ini.
Jangan risau, anda telah datang ke tempat yang betul, kami di ZALORA Malaysia, pakar fesyen anda ada solusinya. Cuaca panas bukanlah menjadi penghalang untuk tampil bergaya dalam menjalani kehidupan seharian. Tetap slay dengan outfit idea di musim panas ini!
Linen, Linen, Linen
Fabrik linen amat sesuai dipakai ketika musim panas kerana keistimewaannya dan sesuai jika anda seorang yang kuat berpeluh. Kebiasaannya pakaian jenis linen akan dipakai sebagai outfit ke pantai tetapi kini tidak lagi. Tidak kira apa sahaja acara anda, pilih fabrik jenis linen akan sangat membantu anda di musim panas ini. Dari kemeja hingga ke seluar jenis linen, anda boleh jumpa dengan mudah secara atas talian. Hanya gantikan outfit anda, dengan kain linen.
Oversized
Di cuaca panas ini, elakkan dari memakai pakaian yang ketat lebih-lebih lagi jika anda akan melakukan pelbagai aktiviti dalam masa yang lama. Ingat pilih baju yang oversized bukan yang besar untuk mengelakkan anda terlihat seperti badut. Baju jenis oversized sesuai digunakan bagi tujuan kerja atau aktiviti harian. Sebagai contoh kemeja oversized bersama jeans atau shorts. Untuk gaya yang lebih santai anda juga boleh membuat layering dengan memakai tank top di dalam kemeja oversized. Untuk tampil lebih stylish, gabungkan satin dress atau linen dress bersama kemeja oversized, anda akan terlihat santai tetapi bergaya. Sangat effortlessly!
Flowy & Free
Jika anda lebih suka kepada gaya simple maka tema “flowy dan free” adalah untuk anda! Inilah masanya anda memakai gaun setiap hari! Tetapi fokus kepada fabrik berjenis cotton, linen, silk atau satin untuk memastikan kulit anda bernafas dan yang paling penting selesa sepanjang hari tanpa mengorbankan gaya anda . Pilih gaun berwarna pastel atau floral bagi menambahkan sentuhan feminin. Tidak anda ingin memilih dress labuh atau pendek mengikut citarasa dan keperluan anda.
Jangan lupakan Aksesori
Aksesori juga amat penting ya. Pilih aksesori yang tidak terlalu berat dan banyak dan fokus kepada aksesori yang lebih santai di cuaca panas ini. Seperti kaca mata hitam bagus untuk melindungi anda dari sinaran UV. Topi seperti baseball cap juga pilihan yang bijak! Anda juga boleh mengenakan sandals yang terbuka untuk kegiatan harian agar lebih selesa dan juga praktis!
Itu dia sedikit idea untuk anda yang tetap ingin bergaya meskipun di cuaca yang panas. Untuk lebih inspirasi dan idea outfit yang trendy dan stylish jangan lupa untuk scroll website kami di ZALORA Malaysia. Sila kongsikan dengan kami gaya manakah yang paling anda sukai di ruangan komen di bawah.