Idea Warna Baju Raya 2024 Pilihan Kami Di ZALORA

Pejam celik pejam celik sudah minggu kedua kita berpuasa, dan hari raya pula semakin menghampiri. Bagaimana dengan persiapan raya anda? Baju raya sudah ada? Jangan risau, jika anda masih belum membuat sebarang keputusan kami di ZALORA akan membantu anda di blog kali ini.

Pastinya anda ingin tampil cantik segak bergaya di Hari raya ini. Jadi ini dia idea warna baju raya 2024 , yang akan menjadi tren raya tahun ni. Raya kali ini kami mengamati warna terang atau yang lebih pop menjadi trend raya 2024. Berikut adalah idea baju raya 2024untuk anda :

BRICK ORANGE

Warna oren terang ini menjadi perbualan ramai tahun ini. Warna ini merupakan gabungan warna merah dan jingga dan sememangnya akan menarik perhatian ramai. Anda boleh memilih dari plain baju kurung atau yang bercorak ikut citarasa mu.

KUNING LEMONADE

Warna kuning seakan lemonade ini juga amatlah popular. Bukan sahaja pop tapi tetap tenang untuk di lihat, dan amat sesuai dipakai jika anda memiliki kulit yang cerah. Warna ini juga sesuai bagi kaum lelaki juga! Bayangkan baju melayu kekuningan, sangat hensem!

EMERALD GREEN

Peminat hijau sila hadirkan diri, kerana warna baju raya emerald green juga merupakan antara carian tertinggi tahun ini. Dari kebaya hijau hingga ke baju kurung ataupun kaftan, pasti akan menawan dengan warna ini. Namun jika anda lebih sukakan tona yang lebih gelap dan pastel boleh cuba dengan warna sage green ataupun mint green.

LILAC PURPLE

Sudah semestinya warna ini tidak akan ketinggalan.Lilac purple sangat manis dipandang ketika hari raya. Tambahkan sedikit aksesori seperti kasut atau selendang bagi melengkapkan gaya raya anda!

TRANQUIL BLUE

Warna biru ini juga perlu ada dalam wardrobe raya anda tahun ini! Warna ini amat sesuai dengan mereka yang mempunya tona kulit warna sejuk โ€cool skin tone โ€œ. Warna tranquil blue juga amat sesuai untuk semua jenis acara dek kerana warna nya tenang tetapi memukau!

Berikut adalah idea warna baju raya 2024 ini yang sememangnya akan menarik perhatian ramai. Jika anda ingin mencari pelbagai jenis baju raya seperti kebaya , kaftan , jubah, layari laman website kami untuk menemukan baju raya 2024 yang trending tetapi murah hanya di ZALORA Malaysia.