Tapi Tetap Nampak Slay! 💐✨
Majlis perkahwinan adalah hari paling istimewa untuk pengantin, jadi sebagai tetamu (atau bridesmaid!), penting untuk tampil cantik tanpa overshadow pengantin . Tapi jangan risau nampak slay dan sopan itu masih boleh dilakukan tanpa mencuri perhatian!
Jom tengok cara-cara untuk tampil menawan tanpa overshadow pengantin di hari bahagia mereka:

1. Elakkan Warna Putih atau Warna Tema Pengantin

Putih = pengantin. Full stop.
Kalau majlis ada tema warna, elakkan pakai warna yang sama atau terlalu dekat dengan baju pengantin — especially kalau dia pakai ivory, nude, atau gold. Namun, sesetengah pengantin akan menetapkan dress code warna tema di hari bahagia mereka.
2. Pilih Gaya Yang Sopan Tapi Tetap Chic
Dress up dengan potongan sopan seperti baju kurung moden, jubah, atau kebaya dengan elemen moden. Jangan terlalu sexy atau sarat dengan bling-bling. Biarlah pengantin yang shine lebih sikit! Ada banyak pilihan bridesmaid dress yang elegant dan juga menonjol!
3. Jangan Overdo Makeup

Makeup flawless tak semestinya tebal. Fokuskan pada kulit glowing dan eyeshadow lembut. Kalau pengantin pakai soft glam, elakkan heavy glam. You don’t want people to confuse you with the bride.
4. Aksesori Yang Tak Terlalu ‘Grand’
Nak pakai tudung bawal satin? Go ahead! Tapi elakkan crown, veil, atau aksesori kepala yang terlalu besar atau menyerlah. Biar pengantin je yang jadi bintang.
5. Jaga Tingkah Laku di Majlis
Slay bukan sekadar penampilan, tapi juga cara kita bawa diri. Jangan photobomb gambar pasangan, jangan over-selfie dekat pelamin, dan bagi ruang pada mereka.
6. Pilih Kasut Yang Sesuai Tapi Tak Terlalu ‘Over’
Heels okay, tapi tak perlu 6 inch stilettos glittery. Simple kitten heels pun boleh buat anda nampak classy tanpa berlebih-lebihan.

Tampil cantik dan bergaya tak bermakna anda kena overshadow pengantin. Dengan sedikit effort dan empati, anda boleh nampak slay, confident, dan respectful. Ingat — hari itu milik mereka, bukan runway show untuk kita.