Urutan Skincare Yang Betul Untuk Dapatkan Muka Glowing Raya Ini

Bagaimana dengan persiapan Raya anda? Terlalu awal untuk berpikir untuk raya? Nahh,

Percaya atau tidak , ketika ini sudah ramai yang sibuk menyediakan diri bagi menyambut raya tahun ini. Bukannya kuih raya ataupun peralatan rumah yang boleh dibeli sekelip mata namun persiapan diri sendiri. Semua orang ingin tampil cantik pada setiap Hari Raya. Jadi misi glowing dan kurus bermula sekarang! Jika anda rasa sudah terlambat untuk memulakan misi kurus, maka anda masih boleh memulakan misi untuk mendapatkan kulit yang cantik raya ini! Di Thread by Zalora kali ini, mari kita lihat urutan skincare yang betul dan dapatkan kulit yang cantik bebas jerawat raya ini!

Pencuci Muka 

Muka yang bersih adalah kunci utama dalam mendapatkan kulit yang sihat! Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu pencuci wajah untuk membersihkan muka setelah seharian terdedah dengan kotoran. Terdapat pelbagai jenis cleanser di pasaran mengikut kehendak dan keperluan setiap individu. Dari gel ke cream tekstur, anda boleh memilih mengikut keperluan anda. Sedikit tips dalam mencuci wajah, urut muka dengan lembut selama 1 min bagi memastikan kotoran di muka anda tertanggal. Anda juga boleh membuat double cleansing dengan menggunakan  make remover terlebih dahulu sebelum mencuci wajah.

Rekomendasi Produk:

Toner

Mungkin ramai yang memandang rendah terhadap fungsi toner namun dengan menambah toner dalam urutan skincare anda, kulit anda akan kelihatan lebih sihat. Ini kerana Toner membantu  membersihkan muka dengan lebih efektif jika anda tidak mencuci muka dengan baik. Rekomendasi toner yang mengandungi kandungan “hydration” yang tinggi bagi menjadikan kulit muka lebih bersinar toink toink!

Rekomendasi Produk:

Serum

Serum merupakan pilihan dan tidak semestinya diperlukan dalam penjagaan wajah namun keberkesanan penggunaan serum dalam menyelesaikan masalah kulit terbukti.  Anda boleh memilih serum yang khusus membantu dalam menyelesaikan masalah yang hadapi seperti jerawat, jeragat, kesan hitam di muka dan sebagainya. Sebagainya contoh serum yang mengandungi niacinamide amat bagus dalam membantu mencerahkan kulit, mengelak dan mengurangkan kesan jerawat sekali gus meningkatkan skin barrier.

Rekomendasi Produk:

Pelembap

Kunci segala produk yang diletakkan di wajah dengan menggunakan pelembap muka agar tampil glowing dan tidak kusam. Petanda muka anda kurang kelembapan adalah kulit kusam dan mempunyai kedut. Anda juga boleh mengamalkan gua sha ketika menyapu pelembap di wajah, urut muka beberapa minit dan jangan lupa untuk sapu di leher juga!

Rekomendasi Produk:

Sunscreen

Langkah yang terakhir adalah menggunakan pelindung uv. Tambah lagi dengan cuaca Malaysia yang terik ini pastikan anda memakai pelindung sinaran UV sebelum keluar ke rumah. Sebab utama mengapa urutan skincare anda tidak mendatangkan hasil adalah tidak menggunakan sunscreen. Tanpa sunscreen segala produk yang anda gunakan di wajah hanyalah sia-sia.Penggunaan sunscreen juga amat bagus dalam melambatkan penuaan, jadi kekal glowing dan cantik hingga ke hari tua!

Rekomendasi Produk:

Berikut adalah urutan skincare yang basic  dalam mendapatkan kulit wajah yang sihat dan glowing. Anda boleh menambahkan serum, exfoliator dan sebagainya dalam rutin penjagaan wajah anda. Pastikan anda mengenal dahulu jenis kulit dan masalah yang ingin di atasi. Ingat jangan terlalu mengikut trend dan meletakan pelbagai produk di wajah anda, “less is better”!  Satu tips yang ingin kami kongsikan dalam menyemak adakah anda mengamalkan urutan skincare yang betul adalah penggunaan produk dari tekstur yang cair sehingga pekat.

Kongsikan dengan kami tips skincare anda dibawah!

Leave a Reply