Tips Pilih Masker Muka Mengikut Jenis Kulit Anda

Masker muka atau face mask merupakan satu kaedah yang popular dalam dunia skincare kerana kesannya yang cepat kepada si pemakai. Hanya dengan 15 minit, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah, bersinar dan glowing. Pemakaian masker secara berkala terbukti keberkesanannya kerana ia  dapat membantu menyihatkan kulit anda tanpa  perlu ke spa kulit.

Namun, mimpi indah boleh bertukar menjadi mimpi buruk jika anda tersalah memilih masker muka. Dikala terdapat pelbagai jenis masker yang menjadi trend di media sosial, tidak semuanya sesuai dengan kulit muka anda. Disini, kami kongsikan tips dalam memilih masker muka yang betul mengikut jenis kulit muka anda.

1. KULIT NORMAL

Bagi anda yang memiliki kulit muka normal, anda tidak perlu bingung memilih jenis masker kerana semua jenis masker adalah selamat untuk dipakai bagi kulit muka anda. Pastikan membaca kandungan terlebih dahulu mengikut pilihan anda.

2. KULIT KERING

Anda yang memiliki jenis kulit muka ini hendaklah fokus kepada mask yang mempunyai kandungan hidrasi yang tinggi. Kulit yang sihat adalah kulit yang mendapat hidrasi yang cukup. Pilih masker yang mempunyai kandungan seperti Glycerin, butters dan asid hyaluronic yang tinggi bagi membantu kulit anda tampil lebih glowing dan lembut. Elakkan daripada menggunakan clay mask kerana ianya akan lebih mengeringkan muka anda. Sheet mask, gel mask dan juga sleeping mask adalah pilihan terbaik bagi pemilik kulit kering.

Cadangan Produk:

3. KULIT BERMINYAK

Pernahkah anda memakai satu produk hingga menyebabkan muka anda extra berkilat? Jangan salah sangka kerana itu bukannya efek glowing tetapi kesan minyak yang berlebihan. Anda boleh menggunakan jenis masker, clay dan juga peel of mask. Jenis masker ini bukan sahaja dapat menyerap minyak yang berlebihan malah juga membersihkan kotoran pada liang-liang pori kulit muka anda.

Cadangan Produk:

4. KULIT SENSITIF

Tiada masalah yang tidak mempunyai solusi,anda juga boleh mendapatkan skin goal anda jika anda memahami kulit muka anda dengan baik. Pemilik kulit sensitif, anda boleh memilih masker yang memfokuskan kepada soothing atau calming bagi mengurangkan keradangan serta mencegah kemunculan jerawat. Pilih masker dengan kandungan bahan semula jadi seperti lidah buaya, calendula, oatmeal dan juga shea butter amat membantu menenangkan kulit muka anda.

Cadangan Produk:

5. KULIT KOMBINASI

Anda merupakan pemilik kulit yang unik kerana kulit anda merupakan gabungan antara kulit kering dan juga berminyak. Anda boleh menggunakan masker yang mempunyai kandungan hidrasi yang tinggi dan juga gabungan exfoliator seperti asid glikolik atau asik laktik bagi menghilangkan sebum yang berlebihan. Antara jenis masker lain yang boleh digunakan adalah sheet mask, gel mask dan juga clay mask yang memberikan kelembapan dan juga penghidratan yang cukup bagi kulit muka anda.

Cadangan Produk :

Amatllah penting untuk mengetahui jenis kulit muka agar produk yang digunakan dapat memberikan kesan yang maksimum. Kini, anda juga dapat mencapai kulit idaman anda dengan tips yang dikongsi diatas.