Style Gaya Rambut Perempuan Terkini

Kaum wanita sememangnya amat teliti dalam menjaga penampilannya. Dari atas kepala hingga kebawah hujung kaki hendaklah sempurna di mata setiap wanita. Begitu juga dengan gaya rambut perempuan, yang merupakan mahkota terpenting bagi setiap wanita. Tidak kira yang berhijab atau tidak, penjagaan rambut akan tetap menjadi kunci utama dalam penampilan yang menawan. Namun, apabila bercerita tentang menukar style gaya rambut perempuan, kebanyakkan wanita akan sentiasa memilih jalan selamat dengan mengekalkan gaya rambut yang sama sejak pertama kali dipotong. Betul atau tidak?

Ada juga yang menganggap memotong rambut ketika patah hati sebagai tanda permulaan hidup yang baru (fresh start) . Tetapi, anda tidak perlu menunggu untuk patah hati untuk menukar style gaya rambut anda. Jika anda sudah terlintas untuk menukar gaya rambut, ini masanya. Mulakan hari yang baru dengan penampilan baru yang lebih segar! Kali ini kami di Zalora blog akan berkongsi beberapa style gaya rambut perempuan yang patut anda cuba.

1. Bob Hairstyle

Image from @suwaibah

Potongan rambut pendek perempuan semakin terkenal dalam kalangan wanita hari ini. Siapa sahaja yang tidak menginginkan penjagaan rambut yang mudah. Bukan sahaja menjimatkan masa ketika anda bersiap, malah juga kelihatan menawan. Untuk potongan gaya rambut pendek style bob ini anda boleh memilih beberapa stail seperti Classic Bob, French bob atau Boyfriend Bob mengikut citarasa anda. Gaya rambut pendek ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai jadual yang padat dan mahukan hair style yang senang dijaga.

2. Curly Hairstyle

Image from @therighthairstyle
Image from @Jane

Saban hari stigma terhadap rambut keriting telah pun berubah. Kini, ramai yang telah menukar gaya rambut dari lurus ke keriting, sama ada menggunakan alatan penggayaan rambut ( hair curler) atau terus mentransformasi rambut secara keseluruhannya. Curly hair style ini boleh dilakukan dalam beberapa gaya seperti beach waves iaitu rambut keriting yang membentuk seakan-akan gelombang atau anda ingin mencuba spiral perm, dimana ukuran rambut keriting yang lebih kecil. Jangan lupa untuk menambah minyak rambut dan pelembap yang khusus bagi rambut keriting!

Source Tiktok : @ni_niico_

Cadangan Produk:

 

3. Bangs Hairstyle

Style rambut perempuan ini adalah gaya yang tidak pernah lupus dek zaman. Kesemua jenis rambut  baik dari panjang ke pendek, bangs akan tetap sesuai dengan anda. Bagi yang mempunyai dahi yang luas, bangs adalah pilhan terbaik seperti Lisa Blackpink yang sentiasa tampil anggun dengan bangs hairstyle.

4. Layering Hairstyle

Image from @Cailey

Bagi anda yang masih tidak bersedia untuk menukar gaya rambut secara drastis, jangan bimbang kerana potongan layering tidak akan menukar gaya anda sepenuhnya tetapi memberi kesan yang sangat stylish. Layering atau dikenali juga sebagai butterfly cut amat sesuai dilakukan untuk perempuan yang mempunyai rambut panjang atau pendek bergantung kepada cita rasa anda. Gaya potongan layering ini bermaksud panjang potongan yang berbeza dari samping hingga ke belakang, kebiasaanya rambut di samping akan lebih pendek dari rambut di belakang. Gaya rambut perempuan ini amat sesuai dalam memberikan efek volume tetapi ringan di kepala. Anda juga boleh menggabungkan bangs untuk gaya rambut ini!

@chintya.gabriella

absen yang udah cobain “butterfly haircut”

♬ Le Monde – From Talk to Me – Richard Carter
Source : Tiktok @chigab

Jadi gaya potongan rambut perempuan manakah  yang anda akan cuba? Bulan baru, gaya rambut baru jadi apa salahnya menukar fesyen gaya rambut anda agar kelihatan lebih segar dan menawan. Sila kongsikan dengan kami gaya rambut yang anda selalu ingin cuba dibawah.

Jangan lupa untuk dapatkan penjagaan rambut wanita disini.

Leave a Reply