“Wanginya,….”
Hati siapa sahaja yang tidak akan berbunga, apabila mendapat pujian. Baik lelaki maupun wanita, pasti akan terangkat apabila dipuji berbau harum. Wangian dan perempuan merupakan satu hal yang sinonim tetapi bagi lelaki? Adakah pujian badan berbau harum itu merupakan satu pujian tulus dari hati atau sebaliknya? Bagaimana pula jika anda tidak pernah menerima pujian itu? Maka anda harus mengambil berat tentang bau badan anda sekarang!!
Kaum lelaki tahukah anda, bahawa kaum wanita lebih cenderung tertarik dengan lelaki yang berbau wangi. Kali ini, kami berkongsi jenama minyak wangi lelaki yang bukan sahaja dapat menambat hati wanita tetapi juga tahan lama.
DIOR SAUVAGE EAU DE PARFUM
Tidak hairan kenapa jenama Dior ini amat terkenal dek kerana kualitinya yang setanding harga. Minyak wangi ini sesuai untuk lelaki yang ingin menampilkan sisi sensual dan misteri ala business man yang berjaya. Gabungan bergamot, dan amberwood menjadikan si pemakai berbau segar dan yang paling penting ketahanan minyak wangi ini adalah yang paling terbaik. Jika anda kuat berpeluh, jangan risau kerana bau minyak wangi ini direka agar sebati dengan bau peluh lelaki
GIORGIO ARMANI – Stronger With You
Jika anda terlalu rambang mata untuk memilih minyak wangi apa yang harus dibeli, maka ini jawapannya. Emporio Armani Stronger With You Intensely Eau De Parfum ini tidak akan mengecewakan si pemakai kerana baunya yang sangat sedap dihidu oleh sesiapapun. Bukan sahaja, dapat meningkatkan keyakinan tetapi juga memberikan efek maskulin moden dalam kalangan lelaki. Aroma ini amat sesuai jika anda ingin pergi dating di tempat yang classy. Baunya ke arah nutty bubble gum yang cukup membuat suasana terasa lebih tenang tetapi meninggalkan kesan yang lama 7 jam ke atas.
JEAN PAUL GAULTIER LE MALE LE PARFUM
Melihat sahaja kepada reka bentuk wangian ini terserlah seakan-akan ianya mewujudkan suasana bauan yang lebih jantan. Dengan note asas (base note) vanila dan sedikit woody menjadikannya bau yang manis tetapi kekal maskulin. Wangian ini juga boleh menampilkan sisi badboy dalam diri lelaki dan pasti akan menjadi tarikan meskipun berada di tempat yang sesak.
MOSCHINO TOY BOY EDP
Jangan hanya menilai dari luaran kerana wangian ini merupakan salah satu wangian yang rare dalam minyak wangi lelaki. Bagi lelaki yang tidak terlalu meminati bau- bauan jantan yang terlampau, anda boleh mencuba wangian ini. Bau manis-manis ros yang sedikit kuat dan ditambah dengan elemen spicy sesuai untuk lelaki yang sukakan variasi. Meskipun wangian ini terdiri daripada bauan bunga ros tetapi tetap mengekalkan elemen maskulin ekstrak dari bau vetiver. Anda akan berbau sweet & spicy sepanjang hari.
PACO RABANNE INVICTUS LEGEND EDP
Siapa yang tidak mengenali jenama wangian ini maka anda terlepas detik-detik berharga dalam hidup anda. Wangian dari Paco Rabanne ini menggabungkan aroma manis dari citrus dan juga bau apple. Memberi kesan manis pada semburan awal, diikuti dengan efek segar dan diakhiri dengan bau woody dari ambar merah (red amber) menjadikan aromanya sempurna. Wangian ini memberikan persepsi kemas, bersih dan segar sepanjang hari dan juga sesuai dipakai bagi apa jua aktiviti. Tidak hairan mengapa jenama ini merupakan salah satu jualan terlaris di Zalora.
Jadi, jenama minyak wangi manakah yang menjadi kegemaran anda? Serlahkan daya pesona lelaki anda dengan salah satu jenama minyak wangi di atas dan kongsikan pengalaman anda dibawah.