Cari gaya rambut pendek untuk anak perempuan anda? Rambut pendek bukan sahaja mudah diurus tetapi juga kelihatan comel dan bergaya! Berikut adalah beberapa idea potongan rambut pendek yang sesuai untuk si kecil untuk raya ini!
1. Bob Cut Klasik

Potongan bob adalah pilihan paling popular untuk kanak-kanak perempuan. Ia memberikan rupa yang kemas dan moden serta mudah disesuaikan dengan pelbagai jenis rambut seperti lurus, ikal, atau kerinting.
2. Pixie Cut
Jika anda mahukan gaya rambut yang lebih praktikal, potongan pixie adalah pilihan terbaik bagi gaya rambut pendek budak perempuan! Ia lebih pendek daripada bob, memberikan keselesaan dan kelihatan sangat comel.
3. Blunt Cut
Potongan rambut pendek lurus tanpa lapisan ini memberikan gaya yang bersih dan kemas. Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai rambut lebat dan lurus.
4. Wavy Short Hair
Bagi yang mempunyai rambut semula jadi ikal, biarkan ia sedikit panjang di bahagian depan untuk gaya yang lebih santai dan manis.
5. Layered Short Hair
Gaya rambut budak ini akan memberi volume kepada rambut si kecil. Sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut nipis atau halus.
6. Short Bob with Bangs

Tambahkan fringe untuk sentuhan lebih cute! Ia boleh berbentuk straight bangs atau curtain bangs untuk tampilan yang lebih trendy.
Tips Penjagaan Rambut Pendek Kanak-Kanak:
✅ Gunakan syampu dan perapi yang lembut sesuai untuk kanak-kanak
✅ Pastikan rambut disikat setiap hari supaya sentiasa kemas
✅ Elakkan penggunaan haba seperti alat penggulung atau pelurus rambut untuk menjaga kesihatan rambut
Rambut pendek bukan sahaja mudah dijaga tetapi juga membolehkan anak-anak bebas bermain tanpa rasa rimas. Jadi, gaya rambut pendek budak perempuan mana yang anda rasa paling sesuai untuk si kecil?
Cari baju kurung budak perempuan murah? Zalora kids baju kurung ada sale hingga 80% siap penghantaran pantas pada hari yang sama tau! Beli sekarang!