Fesyen Rambut Pendek Lelaki, Gaya Maskulin Terkini yang Wajib Anda Cuba!
Fesyen rambut pendek lelaki semakin menjadi pilihan utama untuk gaya yang kemas, mudah dijaga, dan penuh keyakinan. Tidak kira sama ada anda lebih suka gaya klasik atau moden, rambut pendek sentiasa memberikan kesan maskulin dan profesional. Zalora blog kali ini, kami akan kongsikan beberapa idea fesyen rambut pendek lelaki yang popular dan sesuai untuk pelbagai bentuk wajah.
1. Gaya Buzz Cut
Gaya rambut ini sesuai untuk lelaki yang mahukan rupa ringkas tetapi maskulin. Ia menyerlahkan struktur tulang wajah dan sangat mudah untuk dijaga. Buzz Cut sesuai untuk anda yang gemar penampilan minimalis.
Tip tambahan: Padankan dengan janggut untuk memberikan kontras dan gaya yang lebih rugged. Confirm anda tidak akan single lagi tahun depan!
2. French Crop
French Crop adalah gaya rambut pendek dengan bahagian sisi yang dipotong rapi dan bahagian atas sedikit tebal. Gaya ini memberikan rupa bersih tetapi tetap trendy. Ia juga mudah disesuaikan dengan pelbagai acara, dari kasual hingga formal.
Pilihan gaya: Gunakan sedikit gel rambut untuk menambah tekstur pada bahagian atas.
Baca Juga : 5 Fesyen Rambut Lelaki Yang Menjadi Popular Tahun Ini
3. Undercut
Gaya rambut ini kekal popular dalam kalangan lelaki dengan bahagian sisi yang sangat pendek atau dicukur dan bahagian atas yang lebih panjang. Anda boleh bermain dengan pelbagai gaya untuk bahagian atas, seperti slick back atau messy look.
Untuk kelainan: Tambahkan sedikit fade untuk rupa yang lebih moden.
4. Spiky Hair
Rambut pendek lelaki dengan gaya berduri (spiky) sentiasa menjadi pilihan untuk penampilan muda dan energetik. Anda hanya memerlukan wax rambut berkualiti tinggi untuk memastikan rambut kekal di tempat sepanjang hari. Ia memberikan sedikit “bad boy” vibes yang disukai wanita.
5. Pompadour Pendek
Gaya potongan rambut lelaki ini membawa elemen klasik dengan sentuhan moden. Rambut di bahagian atas ditata sedikit tinggi, manakala sisi lebih pendek untuk rupa seimbang. Pompadour pendek sering menjadi pilihan kerana ia kelihatan kemas dan menonjol.
Penjagaan: Gunakan pomade berkualiti untuk memastikan bentuk pompadour bertahan sepanjang hari.
6. Crew Cut
Rambut Crew Cut ialah gaya klasik yang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Ia memberikan kesan formal dan sesuai untuk lelaki yang aktif. Potongan ini menyerlahkan wajah dan mudah untuk diselenggara.
Cara Memilih Fesyen Rambut Lelaki yang Sesuai
Bentuk wajah: Pilih gaya yang sesuai dengan bentuk wajah anda, sama ada bulat, bujur, atau persegi.
Jenis rambut: Pastikan gaya yang dipilih sesuai dengan tekstur rambut anda, sama ada lurus, beralun, atau kerinting.
Gaya hidup: Jika anda sibuk dan tidak sempat menguruskan rambut setiap hari, pilih gaya yang mudah seperti Buzz Cut atau Crew Cut.
Jadi, fesyen rambut pendek manakah yang anda paling suka? Sekarang masa yang sesuai untuk menukar style gaya rambut anda kerana sudah hampir tahun baru! Cari kelengkapan penjagaan lelaki di Zalora Malaysia!