5 Selebriti Wanita dengan Gaya Rambut Pendek

Gaya rambut pendek terus menjadi pilihan ramai selebriti wanita yang berani mengubah penampilan mereka. Potongan rambut ini bukan sahaja moden, malah menjadi simbol keyakinan. Beberapa selebriti terkenal telah menggayakan rambut pendek tetapi tetap kekal anggun, cantik menawan. Mari kita lihat selebriti-selebriti wanita dengan gaya rambut pendek yang menawan. Mungkin ini adalah petanda untuk anda!

1. Hailey Bieber

hailey bieber hairstyle
haileybieber via instagram

Hailey Bieber menjadi salah satu ikon gaya dengan sleek bob yang lurus dan berkilat. Gaya ini memberikan penampilan yang kemas, minimalis, tetapi elegan, sesuai untuk mereka yang mahukan gaya fesyen tinggi dengan perawatan yang mudah. Hailey juga mengeluarkan jenamanya tersendiri yang telah mendapat sambutan hangat yang dipanggil – Rhode

2. Florence Pugh

Florence Pugh hairstyles
@Florencepugh via instagram

Florence Pugh mengejutkan ramai apabila tampil dengan potongan pixie yang lebih kontemporari. Potongan pendek ini menambahkan elemen avant-garde kepada penampilannya yang sudah sedia unik. Gaya ini sangat sesuai untuk mereka yang suka tampil dengan fesyen yang berani.

Baca Juga : Style Gaya Rambut Perempuan Terkini

3. Jenna Ortega

Jenna Ortega hair styles
Amy Sussman/Getty Images

Pelakon utama Wednesday, Jenna Ortega, memilih untuk tampil lebih kasual dengan shaggy bob yang bertekstur. Gaya ini memberikan vibe yang lebih muda dan bebas, sangat sesuai dengan aura remaja dan wanita yang ingin penampilan santai tetapi tetap bergaya.

4. Dua Lipa

dua lipa hairstyles
@cosmopolitan

Dua Lipa sering tampil dengan gaya rambut yang berbeza, beliau juga memperagakan bob asimetri yang telah menarik perhatian ramai. Gaya ini sesuai untuk mereka dalam dunia korporat! Tampak berkarisma and girl boss! Dua lipa juga bakal mengadakan konsert di Malaysia pada bulan hadapan!

5. Miley Cyrus

miley cyrus mullet
@glamour

Miley Cyrus membawa kembali gaya mullet, tetapi dengan sentuhan moden yang lebih halus dan feminin. Gaya mullet pendek ini menjadi trend di kalangan peminat fesyen edgy yang berani mencuba sesuatu yang luar biasa dan retro.


Gaya rambut pendek tetap popular pada tahun ini kerana ia versatil dan sesuai dengan pelbagai bentuk wajah dan gaya hidup. Selain mudah dijaga, potongan rambut pendek sering dilihat sebagai cara untuk memperbaharui penampilan. Gaya ini juga memberi ruang kepada selebriti untuk menonjolkan keperibadian mereka, sama ada dengan potongan sleek yang elegan atau gaya edgy yang penuh keberanian.

Kunjungi Zalora Beauty untuk produk penjagaan rambut yang berkualiti!