5 Fesyen Rambut Lelaki Yang Menjadi Popular Tahun Ini

Perhatian kepada semua kaum lelaki!!!

Sudah – sudahlah mengenakan gaya rambut yang sama dari Darjah 6. Dunia sudah berubah, umur sudah bertambah kenapa tidak fesyen gaya rambut anda?

Rambut merupakan mahkota yang paling berharga bagi setiap lelaki yang harus diberi perhatian seperti kegemaran kaum wanita kepada gaya tudung dan juga produk kosmetik. Percaya atau tidak, mengambil keputusan untuk menukar gaya rambut lelaki memerlukan keberanian yang tinggi bak “Mat Kilau”. Sekali terlajak potong, tiada jalan kembali.

Source : Tiktok @nabeelaimann

Banyak lelaki yang takut untuk memotong rambut kerana selalu mendapat hasil yang tidak diinginkan. Kadang kala bertukar menjadi budak nerd. Kaum lelaki juga selalu bimbang dan bingung dengan fesyen rambut apa yang harus dicuba, jangan risau “ Zalora blog” ada beberapa  idea fesyen rambut lelaki yang menjadi popular tahun ini.

1. MODERN SLICKED MEN’S HAIRCUT

Gaya klasik kemas ini tetap menjadi pilihan lelaki untuk tampil formal dan memberi efek matang. Fesyen gaya rambut lelaki ini menjadi popular inspirasi dari James Bond dan telah diolah mengikut peredaran semasa. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, rambut hendaklah disikat kebelakang dan menggunakan pengering rambut untuk memberikan aliran dan pergerakan rambut yang semula jadi. Cukup diberikan sedikit pomade untuk hasil yang lebih kemas dan formal. Gaya rambut pendek ini juga amat sesuai dengan style yang “old money” yang menjadi tren sejak akhir-akhir ini.

Cadangan produk:

2. LONG HAIR

men long hair

Tampil seksi dan maskulin dengan gaya rambut ini. Fesyen  rambut ini terus mendapat perhatian, oleh kerana ramai lelaki masa kini telah mula menyimpan rambut yang lebih panjang. Untuk menggayakannya, sapukan sedikit krim penggayaan atau minyak rambut ketika rambut masih dalam keadaan yang lembap,agar rambut terlihat lebih berkilat dan lembut. Gaya rambut lelaki ini juga boleh digayakan dengan gaya Man bun yang terlihat lebih santai tetapi tetap macho! Ketika ini juga lelaki lebih berani dalam mengayakan rambut panjang dan selalunya rambut lelaki kelihatan lebih cantik bersinar!

Cadangan produk :

3. CURLY HAIR TAPER FADE

Jika dahulu, ramai lelaki yang menganggap rambut kerinting sebagai satu sumpahan kini tidak lagi kerana rambut kerinting semakin popular dalam kalangan golongan anak muda tiktok. Fesyen rambut ini adalah salah satu gaya terbaik untuk lelaki dengan rambut kerinting. Dengan hanya 2 hingga 3 inci panjang di bahagian depan dan 1 inci atau lebih di belakang, rambut kerinting anda akan kelihatan lebih rapi. Gaya rambut ini  juga menjimatkan masa kerana hanya memakan masa yang singkat untuk dikeringkan berbanding rambut lurus. Hanya gunakan hairdryer dan anda siap untuk memulakan hari anda.

 

4. MULLETS

Image from @Diego Rojas via pinterest

Percaya atau tidak, fesyen gaya rambut Mullets juga diangkat kembali seakan mengimbau kehangatan era 70-an dan 80- an. Pendek di hadapan, lebih pendek di sisi dan panjang di belakang, gaya rambut ini kelihatan menonjol kerana potongan yang menarik perhatian sekali gus menampilkan gaya yang santai. Fesyen ini turut mendapat perhatian dalam kalangan barisan selebriti khususnya artis k-pop dengan sentuhan moden iaitu menggayakan dengan warna  highlight  pada bahagian atas rambut. Gaya rambut ini juga memberikan sedikit “badboy” vibes. P/s lelaki : Perempuan amat suka dengan lelaki dengan “badboy vibes”. Jadi gaya rambut ini sememangnya patut dicuba!

5. BUZZ CUT

Bagi lelaki yang mementingkan penjagaan yang ringkas dan minimalis gaya ini adalah pilihan terbaik bagi anda. Potongan yang lebih pendek di bahagian atas dan fade up di bahagian tepi atau garis geometri di hadapan atau di sisi. Bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah tidak perlu bingung dalam memilih produk penggayaan rambut. Meskipun anda bergerak aktif atau cuaca yang berubah-ubah, rambut anda akan tetap teguh di posisi. Anda juga boleh mewarnakan rambut dengan warna pastel atau terang untuk kelihatan lebih trendy. Dan gaya rambut ini juga amat senang untuk ditrim sendiri dirumah!

Fesyen rambut lelaki manakah yang menjadi pilihan anda di tahun ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah.

Lihat kelengkapan penjagaan lelaki di sini.

Leave a Reply